Head ads

Sunday, 17 March 2019

Ikan Tenggiri Masak Asam



Ikan Tenggiri Masak Asam

Bahan-bahan:

Sepotong ikan tenggiri - potong 2
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
Seinci halia - dihiris
Air asam jawa,
Garam,
Gula.
Lada besar nak pedas guna cili api

Cara-cara:

Tumis bawang besar, putih & halia sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa. Masukkan ikan & cili besar. Perasakan dengan garam & gula. Mesti ada rasa masam, masin & manis. Siap.

Kredit:dapurayuemi

RESEPI ROTI JALA



Roti jala mudah & comfirm lembut sampai ke petang .

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna

Bancuh semua bhn kcau guna whisk je..kemudian tapis..masuk dlm bekas 3 muncung & boleh la mnjala:blush:
Tu cara sy..:blush:
Nk blender pun boleh :smiley:

credit : Rosmini Rozi‎

RESEPI NASI MINYAK



NASI MINYAK
Bahan-bahan

Nasi:

3 cawan beras basmati
1 sudu besar garam kasar

Aromatik:

5 bawang merah, dihiris nipis
2 ulas bawang putih, dipukul alu & dicincang halus
2 cm halia, dipukul alu & dicincang kasar

Untuk menggoreng:

5 sudu besar ghee
3 daun pandan, diikat
2 batang kayu manis 4cm
3 bunga lawang
1 sudu kecil buah pelaga
1 sudu kecil bunga cengkih

Untuk memasak:

3 sudu yoghurt
3 batang daun sup, dikerat
1 cawan susu sejat
2 cawan stok ayam
1 cawan air
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu besar ghee

Penghiasan:

1 sudu besar bawang goreng

Kaedah

Bilas beras sehingga air jernih. Langkah ini akan memerlukan beberapa bilasan.

Rendam beras dengan air garam selama 1 jam. Tapis dan simpan tepi.Potong dan campur bahan-bahan aromatik.Pada suhu api tinggi, panas dan cairkan ghee di dalam kuali besar.

Bila ghee cukup panas untuk menggoreng, kira-kira 190°C, masukkan pandan, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan campuran aromatik. Goreng sehingga tepi-tepi bahan aromatik mula berkaramel.

Masukkan beras dan kacau hingga rata. Terus kacau sehingga beras berwarna perang sedikit dan mengeluarkan aroma seperti kacang. Ini akan mengambil masa kira-kira 5 minit.

Masukkan nasi dan semua bahan dari kuali ke dalam periuk nasi.

Masukkan yoghurt dan kacau.

Seterusnya, masukkan daun sup, diikuti susu, stok ayam dan air. Masukkan garam, gula dan ghee dan kacau untuk campur.

Masak seperti biasa dalam periuk nasi.Setelah masak, hidang nasi di atas bekas hidangan dan keluarkan bahan-bahan besar seperti pandan dan kayu manis.Hias dengan bawang goreng.

Tips Tambahan dari Chef

Lebih baik kualiti beras basmati anda, lebih sedap nasi minyak anda.

Cuba keluarkan bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih dari nasi masak sebelum disajikan. Bahan-bahan ini menambah banyak rasa dan wangian kepada mana-mana masakan, tetapi agak pahit jika digigit. Bahan-bahan ini agak kecil, jadi keluarkan sebanyak mungkin dan beri amaran kepada tetamu tentang potensi tergigit ‘perangkap’ ini.

Guna saiz cawan yang sama untuk beras dan bahan cecair anda. Kami cadang anda guna cawan pengukur dan bukan cawan yang biasanya datang dengan periuk nasi kerana ukuran mungkin berbeza.

Jika ingin menambah perisa setelah nasi minyak telah masak, taburkan sedikit kismis untuk rasa manis-manis.

Kredit butter kicap

Mee Jawa Sedap



Mee Jawa Sedap.

Bahan-Bahan:

2 paket mee kuning
minyak untuk menumis, anggaran 1/2 mangkuk
1 senduk cili kisar
3 sudu besar serbuk rempah kari dagingair rebusan daging
3 ketul keledek, rebus dan tumbuk atau kisar halus
1 ketul kiub daging atau kiub ayam
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu besar udang kering

Bahan-bahan untuk taburan (condiment):
daging yang direbus, hiris nipis
telur rebus
taugeh, celur
daun bawang, hiris hiris
daun sup, hiris nipis
bawang goreng
cili merah, hiris nipis
limau nipis
tauhu goreng, hiris nipis

Cara Penyediaan:

Celur mee kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak terlalu melekat bila sejuk nanti.

Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti.

Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.

Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.

Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.

Tips:

Mee hanya perlu dicelur seketika supaya tidak lembik bila dihidangkan bersama kuah mee jawa nanti.

Selepas dicelur, taburkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak melekat apabila sejuk.

Nota :
Resepi Mee Jawa yang mudah untuk disediakan dan sangat sedap rasanya. Bahan dan cara penyediaan mee jawa adalah hampir serupa dengan mee rebus cuma bahan untuk mee jawa lebih ringkas.

Che Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan untuk pemekat kuah. Rasa manis dari isi keledek dan air rebusan daging memang kunci utama penyedap mee jawa ini.

Oleh: Che' Nom

Resepi Rendang Padang Ikan Kembung



Resepi Rendang Padang Ikan Kembung

Bahan

Ikan..apa jenis pon boleh
Bersihkan..di lumur kunyit dan garam
Di goreng macam biasa..

Bahan kisar

20 biji cili padi..anggaran..nak lebih pedas bole tambah..*
Cili hijau 5 biji*
Cili merah 3 biji*
Bawang Besar 2 biji*
Semua yg di tanda* ditumbuk kasar guna lesung
Kalau nak blender..boleh juga
Tapi yg sedap..memang kene tumbuk

Asam keping 2/3
Garam gula,perasa secukupnya..
Minyak utk.menumis( kene lebih)
Boleh guna bekas minyak goreng ikan tu juga

Cara...
Bila semua bahan dah siap tumbuk
Panaskan minyak..tumis bahan kisar..sehingga pecah minyak..masukkan asam keping
Gula garam,perasa..masak hingga sebati
Agak nak kering sedikit..masukkan ikan yg telah di goreng...sesuaikan rasanya..
Agak dah sebati..kuah dah sedap mata memandang
Bole tutup api..dan hidang kan bersama nasi panas
Selamat mencuba..resepi yg sgt ringkas,cpt,dan mudah

#boleh juga guna dalam masakan terung
Proses nya sama je

Sumber...Fatimah Ali...

IKAN MASAK CUKA



MASAK CUKA
Cara buat:

Ikan isi 3 ketul/kembung/selayang/tenggiri
Di gaul garam kunyit dan goreng garing.

8 biji cili padi
3 biji cili merah dibelah 2
Cuka 5 sudu
Gula 2-3 sudu besar
Garam 1/2 sudu kecil
Halia 2 inci dimayang halus
Bawang merah 5 ulas dimayang
Bawang putih 5 ulas dimayang
Bawang besar 1 biji dipotong bulat dan tebal
Serai 2 batang di ketuk
Air 2 cawan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Biji sawi 1 sudu kecil
Ajinomoto @ 1 kiub ayam ( jika ada)
Minyak lebihan goreng ikan tadi 1/2 cawan untuk tumis

Masukkan minyak ikan tadi dalam kuali
Panaskan
Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih
Dah harum masukkan biji sawi ( jangan lama nanti hangus)
Agak seminit masukkan air dan serbuk kunyit
Tambah bawang besar
Serai, Cili merah dan cili padi
Dah didih masukkan garam gula, ajinomoto, cuka,
GAUL DAN SEBATIKAN SEMUANYA
BIARKAN MENDIDIH LAMA
BILA NAMPAK KUAH DAH AGAK KERING SIKIT AIRNYA MAKA BOLEHLAH DIMASUKKAN IKAN GORENG TADI.
Biarkan dalam 15-20 minit.rasalah sedap ke belum? Tambahlah apa yang kurang.
Dah ok? tutup api dapur.

Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas :+1::+1::+1::+1::+1:
** kalau masakan ini disimpan semalaman lagi sedap....

Krefit resepi: ida sahida

RESEPI SOTONG PHAT PHET



Menu mlm nie SOTONG PHAT PHET THAI... Sekali korang makan mesti nak lg taw... lagi pedas lg sedap... Ada yg minat mkanan Thai??

RESEPI SOTONG PHAT PHET

BAHAN2

BAHAN A(KISAR/BLENDER KASAR)
Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong...

BAHAN B
Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut

Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis

Cara- cara penyediaannya
-panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak... setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)
-kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula...
-akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis... kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat...
- siap dan hidangkan dgn nasi panas

Selamat mencuba...
Sumber koleksi ummi saffiya

Resepi Pizza Mudah





Resepi Pizza Mudah


Bahan A:
2 sudu besar yis mauripan
4 sudu besar gula
1 cawan air suam
(mix kan semua ni, biar yis jadi kembang)

Bahan B:
4 cawan tepung gandum
4 sudu besar mentega/marjerin
(gaul sampai jadi macam serbuk roti)

Lepas tu boleh masukkan sikit2 Bahan A dalam bekas Bahan B uli sampai jadi doh.

Biar kejap dalam 30 minit sampai doh jadi 2 x ganda.

Tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. Lepas tu boleh leperkan atas tudung periuk. Cucuk2 dengan garfu sikit doh tu.

Topping ni ikut suka jela.

Saya sapu sos tomato + carbonara untuk basic dia. (kalau letak sos spageti tu sedap lagi)

Lepas tu letak sosej, crab stick.
Nak letak capsicum, bawang terpulang. Umah saya takde stok. :joy:

Picit sos sikit, mayonis sikit. Kalau ada cheese boleh letak banyak-banyak. Dappp. Last sekali renjis mix herbs sikit. Baru sedap aroma dia. :heart_eyes:

Boleh bakar dalam oven. Suhu 180 api atas bawah. Dah masak kalau nak bagi rangup bawah, pasang api bawah kejap.

Sukatan atas ni boleh dapat 2 large size pizza tau.

Selamat mencuba. :heart_eyes:

Kredit: fb sharinaz redwan

Monday, 11 March 2019

Resepi Kulat sisir goreng sambal pedas dengung




Resepi Kulat sisir goreng sambal pedas dengung 

Mabelessss ðŸ˜‹ðŸ˜‹ðŸ˜‹
Bahannya
Bahan2
Bwg besar 2 biji
Bwg putih 3 ulas
Lada kecik 10 biji
Seinci belacan
Serai 2 btg
Kunyit idup/serbuk
Ikan bilis
Terung pipit
Takde dlm gambar
Daun kunyit 1 helai
Minyak menumis
Garam
Gula
Air asam jawa
Kulat sisir yg telah direndam ngan air garam
Diramas2 buang kotoran
Ditumbuk2 sikit bagi lembut
Cara membuatnya
Goreng ikan bilis n asingkan
Blander bwg, lada, belacan, kunyit pastu tumis
Pastu masukkan serai tumis sampai garing
Masukkan kulat sisir....kacau hingga kering air
Masukkan ikan bilis dan terung pipit
Perasakan masam manis dan masinnye
Siap.

Kredit resepi : latipah abdullah