Head ads

Friday, 5 April 2019

MISI MENCARI ACAP - "Kami amat sedih kerana terdengar suara acap menyahut panggilan kami..."

MISI MENCARI ACAP - "Kami amat sedih kerana terdengar suara acap menyahut panggilan kami..."

Sambungan daripada video ketika dalam perjalanan menuju ke Gua dimana dikatakan ibunya bermimpi bahawa acap berada di sekitar gua ini..dengan izin Allah kami dapat turun di sekitar gua ini dan kami melakukan solat hajat, bacaan yasin dan berzikir di hadapan pintu gua ini.

Setelah selesai bermunajat kepada Allah..kami terus mencari di sekitar sungai di lereng gua bagi mencari mangsa yang hilang..setelah 2 jam kami buat keputusan untuk teruskan perjalanan mencari di dalam gua hingga ke hujung gua yang penuh dengan air mengalir paras kaki.

Pencarian kami bermula jam 12 mlm hingga jam 5 pagi. Tiada sebarang petunjuk di jumpai. Kami amat sedih kerana terdengar suara acap menyahut panggilan kami seperti dia tidak bermaya kami terus mencari sehingga hujung gua dan tidak dapat masok ke dlm lagi kerana air semakin meningkat naik. Dalam perjalanan itu pelbagai suara2 aneh serta penampakkan dan gangguan2 terlihat jelas dengan mata kasar yang menganggu Team Nur Zikir.

Pengasas perubatan islam Nur Zikir( Muhamad Faridzuan) berkata akan meneruskan lagi pencarian di hari lain dan akan membawa lebih ramai ahli turut serta untuk solat hajat bacaan yasin sebelom memulakan pencarian di lokasi yang lain. Sama2 kita mendoakan semoga di permudahkan urusan serta (acap) dapat di temui dengan keadaan selamat insyaAllah Amiin.

Kredit: Perubatan Islam Nur Zikir

Lihat video penuh dibawah


No comments:

Post a Comment