Head ads

Friday, 22 February 2019

Bihun Hailam


Bihun Hailam

Bahan A

1 peket bihun ( celur dengan air panas )
200gm Isi Ayam ( rebus dan asingkan air stok ayam )
2 cawan air rebusan ayam
1 bji bawang besar ( hiris )
2 ulas bawang putih (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
2 s/b cili boh
1 s/k tepung jagung ( bancuh dengan air )*
sos tiram*
sos cili*
Kicap Manis*
Garam
Minyak Masak

Bahan B (Ikut Suka)

Kobis
Lobak
Cendawan
Sawi
Putik Jagung
Brocoli
Tomato Ceri


Cara Penyediaan

Panaskan minyak, tumis bahan yang hiris tadi, ( bawang besar, bawang putih dan cili ) dengan cili boh hingga naik wangi.

Masukkan air rebusan ayam dan juga isi ayam. Dalam api sederhana.

Selepas itu, masukkan **kicap, sos cili, sos tiram ( ikut suka ) biarkan sehingga didih. Perasa garam secukp rasa.

Masukkan sayur-sayuran yang ada ikut suka, kalau suka sayur lebih letak lebih. Sayur tu boleh kombinasikan, atau letak semua diatas pun takpe.

Biarkan didih seketika. ( Kalau nak pedas, letak cili padi pun boleh ) Masukkan air tepung jagung, ikut kepekatan korang inginkan. ( Macam Cikza buat tak pekat, tak cair tapi sedang elok je ) Bila dah didih boleh hidang dengan bihun sekali.

Ada yang asingkan antara bihun dan kuahnya, Ada yang masuk sekali bihun dengan kuahnya. Jadi korang boleh pilih mana yang bersesuaian.

Kredit cik za

No comments:

Post a Comment